Buat pertama kalinya dalam sejarah, Malaysia berjaya merekodkan pendapatan menerusi sektor E-dagang dengan jumlah melepasi RM1 trilion yang dicatatkan pada 2021.<br /><br />Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Mahadhir Aziz, jumlah tersebut mampu ditingkatkan menjelang akhir tahun ini.